lepas segala

Ternyata mengenal diri sendiri itu bukan mudah,
apatah lagi mengenal selain diri .

Adapun tika mengalirnya air mata
juga kerana beratnya beban diri
 yang sendiri kau tidak memahami ,

Bandingan diri dengan yang lain
yang selalu kau timbulkan sendiri,
 selalu menjadi perang dalam diri

ya Rahman padaMu diri serah segala
ya Ghofur ampun silap langkah ku
ya Alim jangan biar aku sendiri
menentu hidup walau  sekelip mata
ya Hadi tuntun aku .

Tuhan, jika suatu hari nanti aku kehilangn arah
dan tujuan, kehilangan hembusan nafas kekuatanku
kau berikanlah keyakinan pada hatiku ini
bahawa perjalan takdirMu lebih baik daripada apa
yang aku inginkan dan impikan

💖

No comments: