Hari yang baru


angin bertiup lembut
selang menyapa pipi

nafas kutarik dalam
ku hembus perlahan
tenang Allah hantarkan

gundah semalam mengajar matang
walau perlahan bangun lemah
surat cintaNya teman kekuatan
air mata kawan  sepanjang jalan

walau hari esok aku tak  tahu

gundah semalam hilang entah ke mana
hati berbisik lega terima kasih Allah

lepas segala

Ternyata mengenal diri sendiri itu bukan mudah,
apatah lagi mengenal selain diri .

Adapun tika mengalirnya air mata
juga kerana beratnya beban diri
 yang sendiri kau tidak memahami ,

Bandingan diri dengan yang lain
yang selalu kau timbulkan sendiri,
 selalu menjadi perang dalam diri

ya Rahman padaMu diri serah segala
ya Ghofur ampun silap langkah ku
ya Alim jangan biar aku sendiri
menentu hidup walau  sekelip mata
ya Hadi tuntun aku .

Tuhan, jika suatu hari nanti aku kehilangn arah
dan tujuan, kehilangan hembusan nafas kekuatanku
kau berikanlah keyakinan pada hatiku ini
bahawa perjalan takdirMu lebih baik daripada apa
yang aku inginkan dan impikan

💖



Ya Allah, redhakan aku dengan qadha'mu dan berkatiku pada apa yang Engkau telah tentukan untukku, sehingga aku tidak suka menyegerakan apa yang Engkau lambatkan dan tidak suka melambatkan apa yang Engkau segerakan